Dalam hati
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?
bila
seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih?
adakah kenyataannya
seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti
sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa
yang ada di dalam hati.
Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu
hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya
kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan
kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak
perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat
kita bersedih
.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya.
Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan
segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita
berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah
sebaik-baik Pelindung.”
Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu
bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada
hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan
selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat
membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan
suka cita.
Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya,
sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati
yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?
Tahukah dia
bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?
Dalamnya hati siapa yang tahu?
senyum kita masih ada, tawa
kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada
setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang
mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang
terluka.
Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu
tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati,
hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya dengan
mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan
seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang
memahami perasaan dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar
walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir
kita,menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali,
menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.
Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala
Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99
penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat
Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man
nashir
Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada
Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi
setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir
yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya
hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam
kebenaranMu Amin Allahumma Amin
Credit to: http://akuislam.com/blog/
No comments:
Post a Comment