Tandas Berlalat


Assalamualaikum.

Masa balik dari perlis ke langat aku naik bus je pastu di sambungkan dengan LRT ni je la cara yang paling mudah untuk aku sampai ke rumah di hulu selangor tu. almaklom lah wei hulu takde airport kalo ade aku mmg dah beli tiket direct ke bilik aku. haaha. berangan sahaja lah kita ceritanya. alaaa.. bila lagi kan nak berangan.

masa aku dari Dahlia 1 nak keluar cari taxi kat oren konon nya ada. kata kawan aku ada sebab masa tu hari jumaat. ok. aku pon gigih kan diri pack barang banyak banyak sampai tiga beg. padahal cuti seminggu je. raye ke 4 dah balik.. haa.. amek kau mcm nak balik cuti sem pulak kan. 2 beg aku tarik beg balik kampung dan luggage tu aku sekali kan. lagi satu beg adidas ala ala budak sekolah yang baru nak belajar A B C.

bila aku dah sampai kat oren. tup tup tup... lenganggggg... apakahhhhh.. wei. beg aku dah la banyak. bila aku nak jalan tu konon nya aku fikir mungkin pak cik taxi ni nak main main dengan aku. mungkin dorang menyorok ni belakang pokok pokok tu kot. aku pon dah start malu. pastu mula la dah rasa beg aku berat. padahal tarik tak sampai satu kilo meter pon. tu godik namonyo. ceceh... masa aku tarik beg beg gadang tu ade sorang mamat ni cakap.

"cik kak oii.. balik seminggu je. ini bukan cuti sem"

pergh. merah muka aku. masa tu kawan aku dah jauh ke depan mane tak nye bawa beg hiking je kot. aku ni yang parah di tinggalkan kat belakang. padan muka aku. tak de simpati ok. ni member hati kering punya. aku buat susah aku deserve for that. that is malu. tp malu malu pon mamat tu tolong angkatkan beg tu untuk aku. wah. terharu ade juga lelaki yang gentle nak tolong perempuan yang sengaja menyusahkan diri. tak sempat pon nak tanya nama. ceh mcm cerita dalam movie malayu terhangat pulak kan.

masa ni bulan puasa. kami sampai kat station bas kangar lewat sikit. so kami berbuka dalam taxi je. minum air fav aku. iaitu air yang paling tidak disukai oleh remaja masa kini iaitu teh kundur. aku minum seteguk je. tp cepat giler habis. mungkin botol bocor kot. sapa yang tahu kan. haha..bila KFC kangar dah lengang kami pon makan snack plate berjemaah. sebenarnya tujuan tak nak tunggu kat station bas sebab tempat tu tak sihat. banyak karbon monoxide. ejaan pon salah. kami pon lepak la sampai kol 9.45 p.m then baru gerak ke station terus naik bus. bila dah naik tu jangan cakap lah kan. aku letak barang. adjust tempat duduk. kaki bersila. pandang kiri kanan. line clear jom tido. letak kepala aku terus tidur.

aku buka mata je bas tu dah gerak dari duta ke pudu. dalam bus yang bergegar tu pon aku boleh tidur mati. dengan mata aku yang perit tu aku siap. masukan sweater dlm beg. lap air ape yang patut. cover cover kita bukan kat perlis dah kita kat kuala lumpur.. yeahhh.. i'm coming home i'm coming home tell the world that i'm coming home.

konon nye aku nak buat surprise kat mak. tak nak bagi tahu balik bila. aku berangan konon mak nangis nangis bangga anak dia dah boleh berdikari tanpa dorang kena jemput kat station bus. baik tak? haha. rasa mcm nak terajang je minah ni.

dah pukul 6 pagi aku pon naik LRT dari masjid jamik ke maluri. dari maluri aku naik bas. untuk pergi ke batu 9 la. sebelom direct ke rumah aku. nak pergi station bus maluri tu kene naik jejantas. bayangkan dengan beg aku yang berat tu, aku pon gigih nak naik jejantas. tetiba perut aku memulas mulas rasa mcm ada semut dalam perut aku ni mungkin semut tu makan pancreas aku kot. dia ingat daun kering. adoi aku dah berpeluh peluh menahan hajat ni. aku pon dengan beg yang berat tu bawak turun ke bawah sebab aku nampak sign board toilet kat bawah. bila aku dah usung beg yang berat tu. toilet pulak tak boleh guna. aku ketuk ketuk pon tak boleh bukak. adoii.. ayooo amma appaaa...

aku pon proceed je la naik jejantas dalam hati memujuk hajat supaya bertahan selama yang boleh.dengan mengangkat beg yang berat tu aku pon rasa tu membantu hajat aku supaya termakbul. lagi berat lagi la dia push. dah hujung hujung ni. adehh..

lepas mengheret beg tu. time nak turun. ini gampang. ada pulak pakcik pengemis tu tidur kat tangga. maksud aku tengah tengah. tak habis dengan tu dia terkangkang pulak. adoi. aku dah hujung hujung ni. musibat je pakcik tu. aku pon terpaksa dengan keadaan nak terberak nya mengangkat beg luggage tu atas kepala. takut kalo aku terlanggar kaki pakcik tu. kang dia bangun dia kejar pulak aku. tak sempat buat surprise kat mak aku. aku rasa pagi yang hening tu bertukar jadi musim kemarau. tadi hujung hujung. ni hampir hampir.

alhamdulillah bus ke batu 9 cepat sampai. bila aku dalam bus. aku dok diam diam ketat ketat. tak nak bagi hajat melepas. bile sampai je batu 9 aku terus lompat dr bus tu dengan beg 3 gerabak yang berat dia mcm bawak gajah tu keluar. then carik point yang aku boleh makbulkan hajat aku ni.

aku nampak la kedai mamak ni. dekat dengan bus batu 9 tu. aku apa lagi terus pergi serbu kedai mamak tu. aku perasan jugak la ade mak cik tu pandang lain mcm je time aku masuk kedai makan dalam bulan puasa. makcik saya tak peduli kat makcik saya peduli hajat saya ni.bisik hati aku yang agak gila ni.

aku pon pg kat mamak tu buat muka cool mcm takde ape yang berlaku. dia pon cakap

"ya adik, mau makan apa, semua goreng goreng ada. baru angkat punya"


"eh. maaf. saya nak tumpang toilet boleh?



"ini jalan adik"



"ok. terima kasih"


bila aku bukak je pintu toilet tu. lalat tu kuang ajar, dia terbang atas kepala aku mcm aku ni dah setahun tak mandi. bila tengok lobang toilet kedai mamak tu. terhenti lamunan.ade la dlm 5 ekor lalat hurung lubang toilet tu. wei...sedih wei sedih. aku terus lari balik kat bus stop sambil (*&&^%%^$) kat kedai mamak tu. bapak geli woi..kedai kemain lawa lagi. bila masuk toilet. terbatal terus hajat terbesar aku.


Note: dalam bus jangan tidur mati. bila dah sampai R&R tu makbul kan lah hajat anda kerana sayangi organ dalaman anda.













No comments:

SEGALA YANG BERADA DI ATAS INI ADALAH HAK MILIK BLOG INI