Assalamualaikum !
Pada suatu hari yang nyaman. Aku telah di tipu. Buduh jugak aku ni. Rasa nak lepuk je. Baik sangat tangan ni suka menghulur walaupun hati dah syak ini mesti tipu ni.
Inilah Pendrive yg palsu tu.
Nampak OK je.
Seriously. luaran memang ok. tapi bila aku masukan data dalam ni. dan aku nak buka fail tu balik. tak boleh ! aku ingatkan salah laptop ke apa. rupanya pendrive ni memang tak guna lagi bahlol. -__-
Dan hari ni aku baca satu article ni. terima kasih kepada Kamu .
Apa
Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan
merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh
menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di
dalam storan USB tersebut.
Storan seperti
ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem
operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita
melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara
normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap
kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan
turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran..
Bagaimana Untuk
Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling
mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz
kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan
40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi
sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada
harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
Sebagai contoh,
harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai
lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang
menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan
harga pendriveoriginal kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya
anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30,
inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain
yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan
ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang
cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini
mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih
kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan
cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original
dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan
tiruan.
Tipu Helah dan
Simptom Storan Tiruan
Apabila anda
melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows,
OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang
dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah
menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang
telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Tipu helah
kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh
gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke
dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang
saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data
yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia
mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara
sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di
dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia
dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk
membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak
dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain
yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara
sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini
menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini
menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada
juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah
storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk
Menguji Storan Ini?
Salah satu cara
anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di
dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25%
daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula
menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada
kapasiti storan asal.
Setelah anda
meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan
tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang
mula corrupt atau salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba
mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah
dikatakan storan tiruan.
No comments:
Post a Comment