Kisah Seorang Abang
Abang A adalah anak sulung daripada lima adik beradik . Oleh kerana dia merupakan anak sulung maka dia berdepan dengan pelbagai dugaan . Sebelum kelahiran Abang A ibu bapanya menghadapi masa sukar . Ibunya berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu 13 tahun sebaik sahaja ibunya mengalami waktu akhil baliqh . Ibunya di kahwinkan dengan lelaki pilihan keluarganya . Setelah 10 tahun berkahwin mereka tidak mempunyai zuriat . Mereka menanti dengan sabar . Mereka telah membuat niat (bernazar) supaya mereka mendapat zuriat . Selang beberapa bulan dari tarikh mereka membuat niat . Ibu Abang A di sah kan telah hamil kan Abang A .
Abang A telah dibesarkan dengan kemewahan oleh keluarganya . Abang A dibesarkan di singapura dan bersekolah di salah sebuah sekolah orang putih . Abang A juga mempunyai nama English iaitu Michiel . Walaupun dia mempunyai nama English , dia beragama Islam . Beberapa tahun selepas Abang A di lahirkan dia kini sudah mempunyai adik adiknya yang masih kecil . Empat lelaki dan Seorang perempuan yang cantik seperti wajah orang barat . Ini adalah kerana ayah Abang A berkacukan Cina dan Orang Putih .
Setelah semua adik adik Abang A sudah pandai berjalan . Ayah Abang A berkahwin dengan seorang perempuan . Dia meninggalkan isteri pertamanya dan anak anaknya dan hidup bersama isteri ke-2 nya.
Jadi, Abang A yang ketika itu remaja secara automatik belasan tahun menjadi Ketua Keluarga . Dia di amanah kan menjaga semua berkenaan dengan adik adik nya dan ibunya . Ayahnya terus menghilang tanpa berita .
Abang A telah berhenti sekolah . Dia tidak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun , kini adik nya membesar dan Abang A terus mecari wang demi kebaikan adik adik nya yang mahu menyambung pelajaran dan juga membeli susu . Abang A berusaha keras . Dia juga melibatkan diri dengan Askar supaya elaun bulanan nya di salurkan kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga .
Beberapa tahun berlalu , adik ketiga nya , perempuan , telah mendiri kan masjid . syukur .
Ajal tidak mengira usia . Ibu Abang A telah meninggal dunia . adiknya juga telah senang dengan kerjaya nya masing masing .
Setelah lepas dari tanggungjawabnya Abang A telah membeli tanah yang berdekatan dengan adik perempuannya...
#tobecontinue
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment