Kisah Seorang Abang



Abang A adalah anak sulung daripada lima adik beradik . Oleh kerana dia merupakan anak sulung maka dia berdepan dengan pelbagai dugaan . Sebelum kelahiran Abang A ibu bapanya menghadapi masa sukar . Ibunya berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu 13 tahun sebaik sahaja ibunya mengalami waktu akhil baliqh . Ibunya di kahwinkan dengan lelaki pilihan keluarganya . Setelah 10 tahun berkahwin mereka tidak mempunyai zuriat . Mereka menanti dengan sabar . Mereka telah membuat niat (bernazar) supaya mereka mendapat zuriat . Selang beberapa bulan dari tarikh mereka membuat niat . Ibu Abang A di sah kan telah hamil kan Abang A .

Abang A telah dibesarkan dengan kemewahan oleh keluarganya . Abang A dibesarkan di singapura dan bersekolah di salah sebuah sekolah orang putih . Abang A juga mempunyai nama English iaitu Michiel . Walaupun dia mempunyai nama English , dia beragama Islam . Beberapa tahun selepas Abang A di lahirkan dia kini sudah mempunyai adik adiknya yang masih kecil . Empat lelaki dan Seorang perempuan yang cantik seperti wajah orang barat . Ini adalah kerana ayah Abang A berkacukan Cina dan Orang Putih .

Setelah semua adik adik Abang A sudah pandai berjalan . Ayah Abang A berkahwin dengan seorang perempuan . Dia meninggalkan isteri pertamanya dan anak anaknya dan hidup bersama isteri ke-2 nya.

Jadi, Abang A yang ketika itu remaja secara automatik belasan tahun menjadi Ketua Keluarga .  Dia di amanah kan menjaga semua berkenaan dengan adik adik nya dan ibunya . Ayahnya terus menghilang tanpa berita .

Abang A telah berhenti sekolah . Dia tidak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun , kini adik nya membesar dan Abang A terus mecari wang demi kebaikan adik adik nya yang mahu menyambung pelajaran dan juga membeli susu .  Abang A berusaha keras . Dia juga melibatkan diri dengan Askar supaya elaun bulanan nya di salurkan kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga .

Beberapa tahun berlalu , adik ketiga nya , perempuan , telah mendiri kan masjid . syukur .

Ajal tidak mengira usia . Ibu Abang A telah meninggal dunia . adiknya juga telah senang dengan kerjaya nya masing masing .

Setelah lepas dari tanggungjawabnya Abang A telah membeli tanah yang berdekatan dengan adik perempuannya...


#tobecontinue

Menulis Kenangan Sebelum Terlupa



Assalamualaikum...

Timeline kenangan start sebelum tadika sampailah kini. :)
saje je melakar kenangan kerana bakal meninggalkan zaman-teen..lepasni ty ty ty.. twenty +++..
insyaallah kalau panjang umur.



Sebelum tadika

Masa ni aku tak bape ingat sangat. apa yang aku ingat. aku selalu lepak ngan abah sebab masa ini abang kakak emak semua sibuk dengan hal dunia ni yg tak sudah ni. masa ni aku dress up sebijik mcm anak lelaki. masa ni jugak abah ajar aku supaya tak takut dengan serangga atau haiwan. almaklum la. dulu dulu dulu aku wanita sejati. hee.. abah ajar jadi lasak. abah kata nanti dah sekolah kalau tak kuat nnti kena buli. lupa mention. abah sy seorang askar. so dia taknak ar anak dia lembut.. even pempuan... tp bertempat lah kan..







Semasa Tadika

Time ni time yang paling susah bagi aku.. sebab aku rasa nak nangis je bila mak tinggalkan aku dengan budak2 tadika yang lain. pastu aku nangis nangis.. sampai skrg aku tak ingat sngat pasal tadika. mak kata aku selalu ponteng tadika. mmg dah kena belasah dengan mak abah tp degil juga.. aih.. agak malu la. bila dah abih tadika aku still tak reti membaca. mak selalu compare kan aku dengan anak buah abah. aihh.. wuwu... rasa nak nangis. aku rasa masa ni... aku manja. yeess manja. terlalu manja.. nak renggang pon tak boleh. 
yang aku ingat pasal zaman tadika aku. ada budak nama nadira patah tangan sbb dia panjat apa tah. pastu aku nampak cikgu bawak dia masuk kereta.. time tu.. aku pon nak jgk... mcm best jee... -__-
hari gontong royong pulak aku kena angkat pasu. adoi. cikgu dera ekk... aku angkat. pastu aku tngak lantai ade darah.. eh. sapa pulak siram pokok ngan darah.. rupanya tangan aku yg berdarah. then. abah jemput. balik rumah.. haha... dapat ponteng lagi..






Darjah 1

Disebabkan aku tak tahu membaca.. cikgu selalu pulau kan aku.. aku peduli apa. buat2 la sikit. pastu aku selalu dpt pg bilik sakit. tidur..1 intan. ramai pepandai dlm kelas ni. aih. malas la aku nak bersaing.. lantak... aku selalu kawan ngan lelaki. dengan pempuan sape ntah. aku ingat kawan lelaki je. Fahmi. Syamsul. yang Syamsul tu.. sampai skrg masih kwn. 

Darjah 2

aku turun kelas. 2 Nilam. aih.. rasa nya ni kelas last. malu malu.. darjah 2 pon aku tak reti membaca.. teruk giler aku ni bila pikir balik. time darjah 2 aku start dah pakai tudung. sbb.... dah rasa malu rambut pendek mcm lelaki. tp kan.. darjah 2 juga la aku jahat...mencuri, belasah org, ponteng kelas. nakal kan. based on true story. time ni jugak aku ade 2 kwn. Yasmin Zahirah & Raja Nurul Nadia. still contek. time ni. Syamsul ngan Fahmi pindah sekolah. :'(
Yasmin selalu bawak bekal sesedap. sebab tu kami rapat. dia pon baik. Raja ni dia kwn ngan Yasmin. Yasmin pulak kwn ngan aku. so. kami kwn la...
and and and.. aku benci sekolah agama. -__-

Darjah 3

3Zamrud.. time ni aku ade jiran.. nama dia Atikah. dia kelas pertama. aku pulak second last. teacher selalu bwk kelas kami pergi kelas dia. pastu kena carik partner. kelas pertama ajar kelas kami. time ni aku malu giler. pecah musnah semua ego. kira nya Atikah ni pesaing terhebat aku la time tu. tp tak dapat tewas kan dia pon. dia mmg pandai. sedangkan aku ni... goyah.....time ni aku naik satu kelas. ok la.. dr last pergi ke second last. muahahha..time ni jgk aku berpisah dengan yasmin dan raja. tak sama kelas. darjah 3 ade budak baru, hensem..nama dia Adli Amir. dia dok dpn aku... sempai skrg aku kwn dgn dia lagi.. hehe... ada satu hari tu... malu la nak ckp.. haha... dia terbawak underpant sapa tah kat sekolah.. aku la kaki kecoh kan bende tu. terus femous dia..

Darjah 4

4Zamrud..mak marah giler bila aku sama kelas ngan budak indon depan rumah ni. dah tu nak buat mcm mana kan. mak hari hari ckp blaja betul2.. dan aku tak paham. dia indon ori betul.. tp mcm mana dia boleh dpt sekolah kerajaan. sbb dia hidup aku susah. keluar rumah dia. pg kelas dia. aihh.. semak semak. dan skrg dia masih jiran aku. dan aku tak pernah layan dia. sbb dia aku kena marah semua dengan mak. kira ni kes dendam la. dia tak tahu pon... huahuaaa...nama dia Asri. dan aku pggil dia.... SAWI.. until now...


Darjah 5

5Intan... naik kelas. dan masih sama dengan SAWI indon tu. -_-
time ni aku ada kwn baik. nama dia Siti Nooramira Binti Abu Hassan. dia baik. lawa.. mcm patung barbie...rindu kat dia. kalau kau baca ni. contek aku cepat tau mira...ntah apa la yg dia buat skrg.. tp kan.. ada penghalang dlm persahabatan kami. kwn dia tak bg dia kwn ngan aku. ntah kenapakan.. mungkin aku tak bijak tak putih mcm patung barbie kot. hehe...


Darjah 6

yeayy... turun kelas. haha. 6 Delima. tp pelik... dlm kelas ni ramai pulak budak pepandai.dulu aku terer math,, selalu bersaing dengan dorg. kira aku top 3 je ar.. 1 Syafiq. 2 Mira 3 aku.. pastu dorang terer sngt.. malas la aku study.. oh.. yg ajar math masa tu cikgu Azizah. cun cikgu tu. tak kan tak rare lagii...



SEGALA YANG BERADA DI ATAS INI ADALAH HAK MILIK BLOG INI